14 Disember 2007- Sebenarnya kami bercadang nak ke Legend Cherating dan ke Trengganu berlima. Tapi last minit, Normah tak dapat ikut, maka kami pergi berempat sahaja. Kami sewa Nazaria RM400 share berlima hehehe kurang sikit budjet...tq Normah. Tapi malang sungguh, masa kami pergi tuh, pantai timur tengah banjir. highway timur barat di tutup. kami terpaksa melencong dan mengikut jalan kampung melalui Bentung, Bera dsb. kami bertolak dari Kl pukul 11 pagi dan sampai di Cherating kul 7 malam. Fuh... penat juga tapi kami selamat sampai. itu yang penting.
Di Legend Cherating kami tempah 2 bilik. Derang 3 orang lelaki sharelah satu bilik dan saya conquer satu bilik sorang. Tapi satu tilam telah diangkut ke sebelah.... nasib baik orang housekeeping tak bising. Seronok jugak tinggal di villa - mengadap pantai. Angin agak kuat jugak menderu. Dua kali pintu terkunci dan saya berada di luar ketika itu. Terpaksalah panggil orang hotel bukakkan pintu. Malu gak. 2 kali...
Pagi-pagi bangun tidur, ambik gambarni dan hantar mms ke kampung untuk beritahu keluarga bahawa keadaan di Cherating orait. Tah hujan pun... supaya mereka tak bimbang...
The next day, kami beertolak ke Kuala Terengganu untuk jalan-jalan sambil pergi makan kenduri kahwin anak Che Abas.
Tak banyak gambar yang saya ambik. Entah kenapa...ooo tak bawak camera. Hanya guna camera hanfon. Henfon tu pun dah rosak Termasuk dalam mesin basuh. huhuhu